WAJIB TAHU JIKA MAHU GUNAKAN PRODUK DARI SHAKLEE
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Petang nie Kina nak kongsikan tentang Landmark Study. Bagi semua
faham dan tahu kenapa ramai memilih untuk mengamalkan vitamin dan gaya hidup
sihat bersama Shaklee.
Sebelum itu, Kina nak kongsikan kata-kata motivasi daripada pengasas Shaklee, Dr. Forrest C. Shaklee.
Maksudnya? Kehidupan masa depan anda akan menjadi
betul-betul seperti apa yang anda putuskan untuk ia jadi!
Apakah kata-kata ini yang telah memberikan motivasi kepada Mr.
Roger Barnett, Pengerusi Shaklee (2004-kini)? Motivasi untuk beliau buat satu
keputusan penting yang kesannya sangat besar kepada Shaklee hingga ke hari ini.
Setelah mengambil alih Shaklee pada tahun 2004, Roger
Barnett ingin tahu sejauh mana keberkesanan supplemen Shaklee terhadap para
penggunanya. Beliau juga mahukan bukti dalam bentuk data saintifik yang
supplemen Shaklee lebih bagus berbanding jenama lain. Oleh itu, beliau selaku
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Shaklee telah melabur untuk satu kajian
saintifik yang dipanggil Landmark Study.
Apa itu Landmark Study?
Ia adalah satu-satunya kajian saintifik dalam industri
supplemen pemakanan yang PERTAMA seumpanya, yang diminta oleh Shaklee kepada
pihak ketiga, bersempena ulangtahun ke-50 Shaklee.
Kajian ini diketuai oleh Dr. Gladys Block, seorang profesor
dari University of California, di Berkeley dan beliau memiliki kuasa penuh
dalam kajian ini. Ramai yang beranggapan ini adalah satu pelaburan Shaklee yang
berisiko kerana dengan memberikan kuasa penuh kepada Dr. Block, beliau boleh
tetap menerbitkan hasil kajian berkenaan walaupun hasilnya tidak berpihak
kepada Shaklee. Namun, itulah fitrah pelaburan. Ada untung, ada rugi dan
Shaklee berani mengambil risiko.
Baca poster dibawah, clean and clear tentang konsep
asas Study Landmark ni. Klik untuk tumbersaran imej. Hehe.
Ok dah? Meh baca nie lagi. PENTING!
Objektif Kajian
Terdapat 3 tujuan utama kajian yang bertajuk “Kajian Penting
mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang
mengambil berbilang jenis supplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan
rentas.” (Asal: The Landmark Dietary Supplement Study: Usage patterns, health,
and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a
cross-sectional study.)
- Mengesahkan dan menilai manfaat pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten selama lebih 20 tahun dari sudut kesihatan
- Membandingkan tahap kesihatan pengguna suplemen Shaklee dengan pengguna suplemen syarikat lain dan mereka yang tidak mengambil sebarang suplemen
- Memastikan sebarang kesan negatif atau isu keselamatan yang timbul akibat pengambilan sumplemen Shaklee bagi tempoh jangka panjang
Kaedah Landmark Study
Bagi melaksanakan kajian ini, pada peringkat awal kajian ini
dilakukan dengan menghantar borang kaji selidik atas talian (online
questionnaires) kepada lebih kurang 1000 calon yang layak dengan mengambil kira
gaya pemakanan, senaman dan status kesihatan mereka. Kemudian, pemeriksaan
kesihatan peserta dibuat semasa Konvensyen Shaklee pada tahun 2005 di mana
berat badan, tekanan darah dan sampel darah semasa berpuasa diambil.
Peserta dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
- Pengguna pelbagai jenis supplemen Shaklee (multiple supplements) – merah
- Pengguna sejenis supplemen syarikat lain (single supplements) – kuning
- Tidak mengambil sebarang supplemen (no supplements) – biru
87% daripada Kategori 1 iaitu pengguna pelbagai jenis
suplemen Shaklee (merah) dilaporkan mengambil 20 jenis atau lebih supplemen
sehari dan telah mula mengambilnya sekurang-kurangnya sejak 20 tahun yang lalu.
Berikut adalah antara jenis supplemen yang diambil oleh
Kategori 1.
Lebih daripada 50% daripada Kategori 1 mengambil purata 14
supplemen setiap hari. Bunyinya macam banyak, tetapi jika kita sudah memahami
keperluan nutrien badan kita dan khasiat yang terkandung dalam setiap supplemen,
rasa memang tak cukup kalau hanya bergantung kepada multivitamin dan
multimineral sahaja.
Hasil Landmark Study
Risiko mengidap penyakit lazim
Secara keseluruhannya, didapati, Kategori 1 (pengguna
pelbagai jenis suplpemen Shaklee) kurang berisiko mengidap penyakit lazim
berbanding Kategori 2 (pengguna sejenis supplemen syarikat lain) dan Kategori 3
(tidak mengambil sebarang supplemen).
Nutrien dalam darah
Apabila dilihat dari sudut nutrien asas di dalam darah
peserta pula, didapati kandungan di dalam darah pengguna Kategori 1 lebih
tinggi berbanding Kategori 2 dan Kategori 3. Lebih menakjubkan, ada yang
parasnya 2 kali ganda lebih tinggi berbanding Kategori 3.
Biomarker dalam darah
Biomarker adalah penanda aras untuk menunjukkan kewujudan
beberapa jenis penyakit dan tahapnya. Ada pelbagai jenis biomarker. Contoh
paling senang ialah suhu badan kita merupakan biomarker untuk demam. Tekanan darah
adalah biomarker untuk menentukan risiko strok. Kolesterol pula adalah
biomarker untuk penyakit koronari dan vaskular. Manakala protein C-reaktif
(CRP, C-Reactive Protein) adalah biomarker untuk radang.
Landmark Study Shaklee mendapati pengguna Kategori 1
mempunyai paras:
- Tinggi kolesterol HDL (High-density lipoprotein cholesterol), atau dikenali sebagai kolesterol “baik”
- Rendah kolesterol LDL (Low-density lipoprotein cholesterol), atau dipanggil kolesterol “jahat”
- Rendah protein C-reaktif (kurang dari 3.0 mg/L). Lebih mengagumkan, tiada seorang pun dari 278 peserta ini yang mempunyai bacaan CRP melebihi 3.0 ml/L!
Ini menunjukkan yang pengguna Shaklee berisiko rendah untuk
mengidap penyakit jantung.
Selain mempunyai jantung yang sihat, mereka juga mempunyai
otak yang sihat dan berisiko rendah menghidap stress.
Kesimpulan Landmark Study
Kajian ini telah membuktikan bahawa dengan pengambilan
pelbagai jenis supplemen Shaklee dapat meningkatkan kandungan nutrien di dalam
darah. Ini secara tidak langsung dapat menjadikan pengguna mempunyai biomarker
yang lebih baik. Hasilnya, pengguna mempunyai status kesihatan yang lebih
bagus. Melalui data yang diperolehi, didapati, pengguna Shaklee mempunyai tahap
kesihatan 2 kali ganda jauh lebih baik berbanding mereka yang langsung tidak
mengambil apa-apa supplemen.
Hasil kajian ini sangat mengagumkan dan menyokong manfaat
pengambilan supplemen pemakanan untuk jangka masa panjang. – Dr. Gladys Block
Kajian Landmark Study ini telah diterbitkan pada tahun 2007.
Bagi pembaca yang inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan Landmark Study,
bolehlah rujuk laman berikut;
- http://www.landmarkstudy.com/
- https://nutritionj.biomedcentral.com/articles/10.1186/1475-2891-6-30
- https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17958896
Landmark Study inilah yang menjadikan Shaklee berbeza dengan
syarikat kesihatan yang lain. Malah, produk-produk Shaklee disokong oleh lebih
120 terbitan saintifik yang membuktikan keberkesanannya. Istimewanya lagi,
kebanyakan produk Shaklee sudah pun mempunyai 71 paten. Jadi, tiada keraguan
lagi pada keberkesanan produk Shaklee. Kerana ianya “Selamat. Terbukti.
Dijamin.”
JAMINAN KAMI
- Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
- Semulajadi
- Berkesan
- Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
- Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Nur Sakinah yang merupakan pengedar Shaklee jujur
dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Kina agar
boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Kina juga akan menyediakan
jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang
sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada
menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian
dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB,
Bank Rakyat & Bank Islam.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
- belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
- belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1261476)
- hubungi Kina di talian WhatsApp / Telegram +60162194940 (Nur Sakinah) untuk sebarang bantuan / belian
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad
kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. Klik Daftar Ekspres Jadi Ahli Shaklee.
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE?
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai
serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM
(D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang
fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Kina. Hubungi Kina untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan
konsultasi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
❤❤❤❤❤❤
❤ Rakan Shaklee Anda
❤ Nur Sakinah Binti Zainudin (Kina)
❤ SMS/WhatsApp : +6016 2194940
❤ FB Page: Shaklee by AwatifKina
❤ Instagram: @khairulsakinah
Comments
Post a Comment