8 MANFAAT DETOKS UNTUK TUBUH SIHAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Ramai rupanya yang
berdetoks. Dalam group ekslusif kami, mereka yang mengamalkan vitamin detoks
mendapat banyak perkongsian pengalaman dan sokongan moral. Jadi, kalau anda
mahu berdetoks jom mulakan dari sekarang.
Banyak sebenarnya manfaat detoks ini. Yang Kina kongsikan hari ni, manfaat utama. Ada lapan semuanya.
1. Menurunkan berat badan
Badan kita memerlukan lemak. Badan kita juga mempunyai
kebolehan semulajadi untuk membakar lemak bagi menghasilkan tenaga. Namun, kehadiran
toksin boleh mengganggu kebolehan semulajadi ini, menyebabkan peningkatan berat
badan dan juga meningkatkan risiko diabetes.
Oleh itu, amalan detoks yang bagus dan sihat dapat membuang
toksin ini. Bila toksin tiada, badan boleh membakar lemak seperti biasa.
Hasilnya, berat badan akan turun.
Bagaimana jika berat dah OK macam Kina? Usah risau.
Berat badan kita akan maintain ideal walaupun kita melakukan detoks. Best!
Berat kekal tapi dapat manfaat kesihatan. Next!
2. Melegakan perut kembung dan sembelit
Pernah tak duduk dalam tandas lama-lama? Atau terpaksa buka
butang seluar apabila perut sakit? Itu tandanya usus kita tidak lawas.
Usus kita ini membawa keluar sisa makanan dari badan. Namun,
ada antara sisa ini seperti makanan yang diproses, makanan rendah serat dan
lemak yang tidak sihat akan berkumpul secara perlahan-lahan di dalam usus kita.
Lama-lama usus kita akan tersumbat. Bila toksin ini berkumpul, kita akan rasa
kembung, dan tak selesa. Maklumlah dah lama tak ‘membuang’. Lebih parah lagi,
ia boleh menyebabkan penyakit kolon dan kanser.
Kolon berfungsi sebagai sistem kumbahan bagi tubuh kita. Ia
kena selalu kosong dan kena selalu dibersihkan supaya boleh berfungsi dengan
baik. Detoks dapat membantu kita membersihkan dan mengosongkan kolon. Ia bukan
setakat boleh melegakan sembelit, malah menggalakkan juga pergerakan usus yang
sihat. Jadi, toksin dalam badan boleh dikeluarkan.
3. Merangsang tenaga
Tadi kita sudah bincangkan yang badan kita mampu buat detoks
sendiri. Namun, sebenarnya banyak tenaga yang diperlukan untuk badan kita
detoks. Tenaga yang diperlukan pula bergantung kepada berapa banyak toksin di
dalam badan kita.
Jika kita selalu rasa lemah dan tak bertenaga, itu tandanya
banyak toksin ada di dalam badan kita. Detoks boleh membantu badan kita
membuang toksin tersebut. Hasilnya badan kita akan lebih bertenaga dan sihat.
4. Menyekat selera/mengidam
Apabila kita sudah membersihkan badan kita dari mengambil
toksin yang tidak sihat, kemudian menggantikannya dengan mengambil makanan yang
tinggi nutrien, secara tidak langsung, otak kita sudah diprogram. Diprogram
untuk mengatakan ‘Selamat Tinggal’ kepada makanan yang tidak berkhasiat seperti
kafein, gula dan lemak. Jadi, tiada lagi peluang untuk kita mengidam makanan
yang tidak sihat.
5. Kulit yang lebih cantik
Organ luaran terbesar badan kita ialah kulit dan ia
menggambarkan apa yang berlaku di dalam badan kita. Kulit membantu membuang toksin
dengan mengeluarkan peluh. Apabila kelenjar peluh mengandungi terlalu banyak
toksin dan tidak dikeluarkan, ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit kulit
termasuk jerawat.
Detoks boleh membantu mengeluarkan toksin itu dan menjadikan
kulit lebih cantik tanpa masalah kulit.
6. Mengurangkan stress
Toksin ada kaitan dengan STRESS? Bunyi macam pelik, tetapi
ianya benar!
Apabila badan kita penuh dengan toksin, minda kita juga
turut sama stress. Bila toksin banyak, kemampuan badan untuk menyerap nutrien
akan menurun. Badan pun tak suka dengan toksin, jadi ia akan keluarkan hormon
tekanan iaitu kortisol.
Detoks dapat membantu buang toksin. Badan pun akan gembira,
jadi kita pun tidak stress.
7. Menguatkan sistem imunisasi
Radikal bebas sangat suka merosakkan sel badan kita. Jika
kita selalu terdedah dengan toksin, ini boleh menyebabkan radikal bebas
membiak. Kesannya, sistem imunisasi kita akan terjejas.
Jadi, dengan detoks, radikal bebas akan disingkirkan dari
badan kita, dan badan kita akan lebih kuat!
8. Tidur yang lebih lena
Toksin, terutamanya logam berat, mengganggu keseimbangan sel
normal dan mewujudkan radikal bebas. Radikal bebas, juga meningkatkan
pengeluaran hormon tidur dan mengganggu pola tidur. Kadang-kadang boleh
menyebabkan insomnia.
Detoks boleh menyokong penyingkiran logam berat dari badan
dengan dan boleh membantu menetapkan semula corak tidur. Jadi kita mendapat
rehat yang berkualiti.
Bagaimana Nak Detoks?
Bila dah tahu 5 perkara tentang detoks di atas, tentu ramai
yang berkobar-kobar nak detoks, kan? Dan tentu ada yang tertanya-tanya, macam
mana nak detoks? Banyak cara sebenarnya, namun saya kongsikan sebahagian
darinya.
Cara-cara detoks:
- Minum air kosong yang banyak (3 liter sehari) bagi membantu mengalirkan toksin keluar dari badan
- Banyakkan serat dalam makanan. Serat seperti buah dan sayur dapat membantu proses perkumuhan
- Kerapkan bersenam bagi membolehkan toksin dikeluarkan melalui peluh
- Rutin tidur yang sihat. Hati kita ‘bekerja’ membuang toksin di antara jam 10 malam hingga 2 pagi. Jadi, seeloknya, pada waktu ini kita sudah tidur untuk memberi laluan hati kita ‘bekerja’ dengan tenaga yang cukup
- Mengambil supplemen makanan untuk membantu proses detoks
*Puasa satu atau dua hari seminggu untuk memberikan rehat
kepada organ kita. Itu adalah hikmah Rasulullah sunatkan kita berpuasa Isnin
dan Khamis.
JAMINAN KAMI
Shaklee merupakan suplemen semulajadi dan memegang piagam
- Selamat (sijil Halal dan kelulusan KKM)
- Semulajadi
- Berkesan
- Piagam ini telah diikrarkan semenjak lebih 50 tahun lalu, dan kini masih teguh berpegang padanya.
- Shaklee Difference: Always Safe, Always Works, Always Green.
MENGAPA SAYA?
Saya ialah Nur Sakinah yang merupakan pengedar Shaklee jujur
dan amanah, serta lebih mementingkan kesihatan anda. Hubungi Kina agar
boleh bantu anda dan keluarga anda lebih sihat. Kina juga akan menyediakan
jadual pengambilan vitamin dan konsultansi percuma berkaitan produk Shaklee yang
sesuai untuk anda.
PENGHANTARAN
Penghantaran melalui pos akan diatur ke seluruh dunia samada
menggunakan khidmat Poslaju, City-Link, GDex atau lain-lain yang bersesuaian
dengan lokasi anda.
PEMBAYARAN
Pembayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank, CIMB,
Bank Rakyat & Bank Islam.
NAK BELI SET SHAKLEE
Untuk mendapatkannya, anda mempunyai beberapa pilihan:
- belian online dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda
- belian di cawangan Shaklee terdekat (ID: 1261476)
- hubungi Kina di talian WhatsApp / Telegram +60162194940 (Nur Sakinah) untuk sebarang bantuan / belian
Untuk pembelian produk Shaklee secara online menggunakan kad
kredit / kad debit anda? Klik imej dibawah.
Atau daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan hebat. Klik Daftar Ekspres Jadi Ahli Shaklee.
NAK JADI PENGEDAR SHAKLEE
Berminat menjadi pengedar Shaklee dan mendapat bonus tunai
serta banyak manfaat lain? Jom sertai team business kami, DARE TO DREAM TEAM
(D2DT) yang mempunyai ahli aktif, kelas online percuma dengan masa yang
fleksibel.
Anda juga boleh dapatkan produk ini terus daripada Kina. Hubungi Kina untuk dapatkan rangkaian produk Shaklee dengan
konsultansi percuma atau bimbingan pendaftaran sebagai ahli Shaklee.
❤ Rakan Shaklee Anda
❤ Nur Sakinah Binti Zainudin(Kina)
❤ SMS/WhatsApp : +6016 2194940
❤ FB Page: Shaklee by AwatifKina
❤ Personal FB : Khairul Sakinah
❤ Instagram: @khairulsakinah
Comments
Post a Comment