SAYANGI BUAH PINGGANG ANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sejak 11 bulan yang lalu, hampir saban bulan saya menerima khabar tentang pesakit buah pinggang baru yang mencari penawar. Agak ramai kerana saya bukanlah doktor. Terbayang keadaan di hospital di mana sudah tentu para doktor lali dengan kehadiran pesakit buah pinggang baru saban hari. Mereka menghantar pesanan WhatsApp ataupun membuat panggilan telefon kepada saya kerana risaukan keadaan organ penting tubuh manusia. Ngeri? Baca artikel yang saya kongsikan hari ini dan anda mungkin boleh menarik nafas lega. InsyaAllah. Fungsi buah pinggang Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi . Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, ...